KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak telah muncul dalam wawancara bersama Malaysia Gazette bagi menjawab dakwaan-dakwaan Tun Mahathir ketika di dalam wawancara yang sama sebelum ini.

Mahathir sebelum ini dilihat amat kurang senang dengan slogan "Malu Apa Bossku", dan seringkali menuduh Najib mengamalkan pendekatan "Cash is King" yang sering diulang-ulangnya setiap kali apabila wartawan bertanyakan pendapat mengenai Najib.

Isu dakwaan Cash is King

"Saya nak jelaskan bahawa Cash is King ni bukan bermakna saya gunakan wang untuk membeli undi. Saya punya falsafah ekonomi berbeza dengan Tun."

"Saya punya falsafah ekonomi adalah untuk menggunakan hasil negara dan kita tolong mereka yang miskin ataupun kumpulan B40 terutama sekali, supaya jurang pendapatan antara mereka dengan yang kaya dapat dirapatkan"

"Yang kedua saya anggap ini sebagai satu suntikan kepada ekonomi tempatan dan domestik. Teori ini terbukti berjaya oleh World Bank."

"Saya tak pilih bulu, pembangkang pun dapat (BR1M) asalkan pendapatan di bawah RM4000."

"Kalau nak tolong rakyat apa cara yang terbaik? cara terbaiknya adalah kita masukkan suntikan dalam akaunnya jadi sistem kewangan kita dapat "liquidity" (cair)."

"Takkan kita (kerajaan) nak beli barang (lepas tu) nak bagi pada rakyat? Benda tu dari segi logistik memang terlalu berat. Jadi bagi cash, terpulang pada rakyat nak beli apa."

Mengenai isu slogan Malu Apa Bossku

"Bossku ini berlaku secara tanpa dirancang, cara organik. Kebetulan saya pergi ke satu tempat saya disuruh sebut perkataan Malu Apa Bossku."

"Jadi bila saya sebut perkataan tu, dia jadi Viral. Orang boleh kaitkan perkataan Bossku tu dengan saya." 

"Dan bossku bukan beerti boss, Bossku beerti sahabat sebenarnya. Malu apa ni, kita tak harus rasa malu. kita buat kerja baik, rezeki halal malu apa? Itu maksud sebenarnya. Jadi salahlah tafsiran Dr Mahathir. salah sama sekali."

Mahathir guna kaedah NAZI fitnah Najib

Di dalam wawancara pada malam tadi, Najib mendedahkan bahawa Mahathir mengamalkan ajaran Joseph Goebbels, seorang Menteri Propaganda NAZI.

"Tabiat Tun ni dia suka ulang satu perkara tu walaupun tidak benar. Walaupun sudah diberi penjelasan berkali-kali tapi dia akan ulang-ulang."

"Barangkali dia percaya kepada teori Goebbels (Joseph Goebbels). Goebbels kata kalau satu pembohongan itu diulang banyak kali dia kaan akhirnya diterima sebagai kebenaran. Barangkalilah."ujar Najib

Paul Joseph Goebbels (29 Oktober 1897 - 1 Mei 1945) merupakan Menteri Propaganda Reich di bawah kerajaan Adolf Hitler sejak tahun 1933 sehinggalah kematiannya pada 1945. 

Beliau boleh dianggap sebagai tunjang utama parti Nazi dan bidang kuasanya merangkumi semua media massa di Jerman ketika itu termasuklah radio, suratkhabar, pawagam dan teater. 

Beliau dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda modern. Teknik jitu ciptaannya diberi nama "Argentum ad nausem" atau lebih dikenali sebagai teknik "Big Lie" (kebohongan besar). 

Prinsip asas teknik ini adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa sekerap mungkin dan berkali-kali sehinggalah kebohongan tersebut dianggap sebagai suatu 'kebenaran'. 

Beliau sendiri membunuh diri sehari selepas Adolf Hitler membunuh diri pada tahun 1945. – TunCarlos