HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Oktober 2020

Rombakan kabinet hari ini?

 SUARA MERDEKA

MESYUARAT kabinet akan berlangsung di Putrajaya pagi ini meningkatkan lagi  kemungkin berlaku rombakan kabinet seperti dijangkakan dalam masa terdekat ini.

Rombakan kabinet itu dijangka dibuat bagi memantapkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi mendepani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Tiga agenda besar itu bakal menjadi perkara yang harus diselesaikan selepas UMNO mengumumkan gencatan politik bagi mengelakkan gangguan pembentukan kerajaan baharu dan desakan pilihan raya segera diadakan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pastinya telah dapat menilai prestasi para menteri kabinet yang dibentuk secara tergesa-gesa tempoh hari selepas mengambil alih kerajaan secara mengejut dari Pakatan Harapan (PH).

Ketidakseimbangan portfolio kabinet dalam kalangan parti komponen juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati khususnya di pihak UMNO selaku parti paling besar jumlah kerusi di dalam pakatan itu.

Setakat ini jawatan yang belum diisi ialah Timbalan Perdana Menteri dan dipikul oleh beberapa menteri kanan yang dilihat tidak berfungsi sepenuhnya.

Rombakan kabinet hari ini mungkin dapat mengatasi masalah itu dan sekali gus melancarkan pentadbiran negara.

Selain itu pengagihan portfolio lebih seimbang akan membuktikan keyakinan terhadap rakan di dalam gabungan berbanding sebelum ini lebih kepada diselubung rasa curiga. – SM

Tiada ulasan: