HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 Oktober 2020

Yang sedang darurat adalah Muhyiddin, bukan negara- Mat Sabu

Norlaile Abd Rahman
Mohamad sabu
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berkata, pengisytiharan darurat yang dicadangkan kerajaan adalah untuk mempertahankan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Tegasnya, Malaysia sudah ada undang-undang untuk membasmi wabak Covid-19 dengan berkesan tanpa perlu kepada pengisytiharan darurat.

“Beliau dalam keadaan ‘darurat’ untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

“Jika alasannya Covid-19, kita sudah ada undang undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan, tanpa perlu kepada pengisytiharan darurat kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Kira-kira jam 4.40 petang tadi, Perdana Menteri bersama menteri-menteri Kabinet yang lain dan Panglima Angkata Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang memasuki perkarangan Istana Abdul Aziz di Kuantan, Pahang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, sumber-sumber memberitahu, mesyuarat khas Kabinet hari ini telah bersetuju supaya darurat pentadbiran diisytiharkan bagi membolehkan usaha memerangi Covid-19 diperkasakan.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: