HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 Ogos 2021

ADUN Indera Kayangan positif Covid-19

Gan Ay Ling berkata, beliau menjalani ujian saringan Isnin lalu selepas 
mendapat berita seorang penduduk yang ditemuinya minggu lalu disahkan 
positif Covid-19. (Gambar Facebook)

KANGAR: ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling mendedahkan beliau positif Covid-19 pada Isnin lalu.

“Dengan dukacitanya saya ingin mengumumkan saya disahkan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya Ahad lalu, beliau mendapat berita seorang daripada penduduk yang ditemuinya minggu lalu disahkan positif Covid-19.

“Saya segera menjalani ujian saringan RT-PCR di Klinik Kesihatan Gial pada Isnin dan keputusan ujian adalah positif.”

Beliau kini menjalani kuarantin di rumah mengikut arahan Pejabat Kesihatan Daerah Kangar.

“Pusat Komuniti ADUN Indera Kayangan akan ditutup sementara, saya mohon maaf kepada semua atas kesulitan ini.

“Saya menyeru semua kontak rapat yang bertemu saya sejak tujuh hari lepas supaya menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik berdekatan.”

Tiada ulasan: