HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Ogos 2021

Zahid sudah keluar hospital selepas rawatan


Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas dikritik hebat susulan penangguhan kes mahkamahnya.

Zahid sebelum ini menjalani rawatan kerana sakit belakang di hospital swasta sehari sebelum pendengaran kes mahkamahnya dan memaklumkan dalam Facebooknya sudah dibenarkan keluar semalam.

“Syukur alhamdulillah dengan izin dan inayah-Nya saya telah dibenarkan discaj oleh pihak hospital semalam.

“Terima kasih kepada doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang menjaga serta merawat dengan begitu baik dan mesra. Terima kasih juga kepada semua yang mengambil berat dan sentiasa bertanya khabar tentang diri saya,” katanya.

Terdahulu, kes Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, ditangguhkan berikutan beliau perlu menjalani prosedur membabitkan kecederaan tulang belakang, pagi ini.

Kes itu hari ini ditetapkan untuk hujahan lisan, selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 19 Mac lalu.

Bagaimanapun, sebaik saja prosiding itu bermula, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu mahkamah, anak guamnya tidak hadir kerana perlu menjalani rawatan intervensi sakit.

Katanya, Zahid mengalami kecederaan itu akibat terjatuh dan berada dalam kesakitan sekiranya duduk terlalu lama.

Sementara itu, Zahid mengucapkan terima kasih kepada Ismail Sabri, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan serta barisan kepimpinan parti yang menziarahinya.

Tiada ulasan: