HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Ogos 2021

Kabinet baru bakal angkat sumpah jawatan sehari sebelum Hari Kebangsaan

MALAYSIA NOW

PM akan mengumumkan barisan Kabinet baru esok.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembentukan Kabinet kerajaan baru pada pukul 11 pagi esok dan majlis mengangkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri akan dilaksanakan pada 30 Ogos.

Terdahulu, Ismail dijangka akan mengumumkan barisan Kabinet hari ini sejurus sesi mengadap Agong di Istana Abdulaziz di Kuantan hari ini.

Ketika mengadap, beliau menyembah maklum senarai barisan Kabinet hari ini kepada Sultan Abdullah.

Bagaimanapun Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata sebarang pengumuman Kabinet tidak akan diadakan hari ini.

Ismail mengangkat sumpah jawatannya pada 21 Ogos lalu mengambil alih jawatan tersebut dari Muhyiddin Yassin yang digulingkan selepas sekumpulan ahli Parlimen Umno yang bersekutu dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak menarik sokongan terhadap Muhyiddin, menyebabkan beliau kehilangan majoriti rapuh dimilikinya.

Kini tumpuan dihalakan kepada siapakah yang akan menduduki jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Spekulasi turut timbul sama ada beliau akan mengekalkan menteri-menteri dalam Kabinet sebelum ini.

Tiada ulasan: