Pelantikan semula Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad dibidas Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) yang menyifatkannya sebagai tidak layak kerana gagal menjalankan tugasnya sebelum ini.
Noraini dilantik semula selepas meletak jawatan semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin kerana mengikut telunjuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati kesatuan tersebut.
“Jawatan ini tidak seharusnya diberikan begitu sahaja sebagai pemenuh kerusi buat ahli politik semata-mata.”
“Kegagalan beliau dalam menjalankan tugas sewaktu beliau memegang jawatan tersebut dalam kerajaan yang lepas telah membuktikan bahawa beliau tidak sesuai untuk memegang jawatan ini tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang menteri pengajian tinggi,” kata KMUM dipetik portal Free Malaysia Today hari ini.
Jelas kesatuan itu, Noraini semasa menerajui KPT gagal dalam merancang pergerakan pulang mahasiswa ke kampung halaman mereka dengan sebaiknya ketika pandemik Covid-19.
KMUM berkata, antara siri kegagalan tersebut adalah apabila KPT tidak merancang pergerakan pulang mahasiswa ke kampung halaman mereka dengan sebaiknya ketika pandemik Covid-19.
“Pada Oktober lepas, kebanyakan mahasiswa ambilan baharu telah mengalami masalah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing apabila pengumuman penangguhan pendaftaran secara bersemuka diumumkan sehari sebelum pendaftaran di kampus berlaku.
“Ini merupakan suatu permasalahan apabila pengumuman ini dibuat seolah tidak mengambil kira kebanyakan mahasiswa dari negeri lain yang hadir ke kampus untuk mendaftar tidak dapat menetap di kolej,” katanya lagi.
Selain itu, KMUM juga berpandangan bahawa bahawa Noraini gagal dalam menggerakkan usaha untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), sekaligus menunjukkan kerajaan sepertinya tidak berminat membudayakan pemikiran secara kritis dan demokratik.
KMUM sedia maklum bahawa halangan-halangan yang termaktub di dalam AUKU telah memberi beberapa kekangan daripada pelbagai sudut buat mahasiswa.
Noraini berada dalam kem Zahid yang menarik sokongan terhadap
Muhyiddin sebelum ini, namun dilantik semula selepas Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob naik menjadi Perdana Menteri ke-9 baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan