KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil melihat Kabinet baharu dan Kabinet lama seperti perspektif di bawah.
Di bawah adalah prestasi Kabinet lama.
Mengikut laporan Bloomberg, antara 53 negara di dunia yang membuka ekonominya ketika pandemik Covid-19, Malaysia berada di tangga tangga ke-53.
Ini menunjukkan dasar-dasar Kabinet lama gagal menangani wabak ini di Malaysia.
Laporan-laporan antarabangsa sebegini memberi kesan kepada keyakinan pelabur lantas kesan negatif kepada pemulihan ekonomi negara.
“Sebelum ini saya pernah berkata, untuk menukar dasar, kita perlu menukar pembuat dasar atau dengan kata lain menukar Kabinet.
“Kini Kabinet lama telah ditukar dengan Kabinet baru,” kata Isham.
Isham bertanya, mungkinkah dasar-dasar yang akan dibuat juga akan menjadi dasar-dasar “baru” juga?
Apa-apapun rakyat yang akan menanggung kesannya.
“Sebab itu saya akan terus menegur dengan apa jua saluran yang berkesan untuk semak imbang dan untuk kepentingan rakyat.
“Saya tidak mahu melihat lebih ramai rakyat mati akibat Covid-19 sebab kerajaan khilaf dalam membuat dasar,” katanya.
Dalam tempoh 100 hari akan datang , Kabinet baru ini perlu membawa negara supaya tidak lagi berada di tangga paling bawah malah perlu berada di tangga antara yang teratas di dunia dalam menangani wabak Covid-19.
“Saya berharap kerajaan dan Kabinet baru akan buat perkara yang betul dan buktikan yang Kabinet sekarang bukanlah kabinet dahulu,” ujar Isham. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan