HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Ogos 2021

Jenazah Sakaran Dandai selamat dikebumikan

BERNAMA

Sakaran menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleaneagles di Kota Kinabalu pada pukul 5.30 pagi tadi.

Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Sakaran Dandai selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negeri di Kota Kinabalu pada 11.50 pagi tadi.

Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba di makam berkenaan pada pukul 11.16 pagi bersama beberapa kakitangan hospital yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE).

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, bekas ketua menteri Mohd Shafie Apdal dan beberapa orang kenamaan lain serta ahli keluarga Allahyarham.

Sakaran, 91, yang merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah kelapan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleaneagles di Kota Kinabalu pada pukul 5.30 pagi tadi, setelah lima hari dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital itu akibat jangkitan Covid-19, sejak dimasukkan pada 18 Ogos lepas.

Tiada ulasan: