Bernama
ZAHIDI:
Dalam keadaan sekarang, kita minta ahli politik tidak menimbulkan
masalah politik macam yang lepas, kita sudah ada kerajaan dan perdana
menteri yang baharu, dan kabinet baharu. - Gambar fail
YAN:
Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin berharap negara
tidak lagi berhadapan dengan ketidaktentuan politik seperti sebelum ini
susulan pembentukan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Zahidi
yang diumum sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia oleh
Ismail Sabri pada Jumaat berkata, tumpuan di bawah kerajaan baharu kini
adalah untuk membantu rakyat yang dibebani masalah ekonomi dan penularan
COVID-19.
"Jadi
dalam keadaan sekarang ini kita minta ahli politik tidak menimbulkan
masalah politik macam benda yang lepas, kita sudah ada kerajaan dan
perdana menteri yang baharu dan kabinet baharu.
"Kita
harap dalam masa terdekat ini cubalah memberi sokongan, memberi
kerjasama supaya kita dapat menyelesaikan masalah rakyat," katanya
kepada pemberita di sini semalam.
Pada
Jumaat, perdana menteri mengumumkan senarai jemaah menteri dan timbalan
menteri baharu yang akan mengangkat sumpah di Istana Negara Isnin ini.
Terdahulu,
Zahidi menyampaikan sumbangan daripada Kementerian Komunikasi dan
Multimedia kepada mangsa yang terjejas banjir ekoran fenomena kepala air
selain menyertai program gotong-royong bersama penuntut Universiti
Teknologi Mara membersihkan kawasan yang terjejas.
Zahidi
berkata sumbangan itu merupakan cerminan semangat "Keluarga Malaysia",
konsep yang digagaskan Perdana Menteri bagi membantu penduduk di daerah
ini yang terjejas dengan musibah itu.
"Kita
harap banyak lagi sumbangan yang akan sampai di sini untuk membantu,
sebab di sini ramai yang terlibat dengan masalah banjir," katanya.
Bencana
banjir ekoran fenomena kepala air pada petang 18 Ogos lepas
mengorbankan enam nyawa dan menyebabkan kira-kira 800 rumah terjejas di
Daerah Yan dan 200 lagi di kawasan Merbok di Daerah Kuala Muda.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan