Raja Hisyam Raja Zaid
Shamsul
Amri Baharuddin berkata, percaturan politik tidak dapat dielakkan dalam
penubuhan setiap kerajaan baharu memandangkan ia adalah amalan sejak
sekian lama.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Senarai barisan kabinet
yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada
Jumaat tidak perlu dipertikaikan kewajarannya atau dilihat dari kaca
mata politik seperti sebelumnya.
Menurut
Presiden Majlis Profesor Negara, Prof Ulung Datuk Shamsul Amri
Baharuddin, penentuan kepada kewajaran atau kelayakan kepimpinan
tersebut akan ditentukan oleh dua fokus utama iaitu COVID-19 dan
ekonomi.
“Saya
rasa, apa yang sangat penting kita lihat ialah, bagaimana tujuan
serampang dua mata, iaitu ekonomi dan kesihatan, boleh dipenuhi oleh
kabinet ini.
“Jadi, saya nampak
perubahan-perubahan itu berlaku adalah dalam konteks untuk mencapai
penyelesaian terhadap dua masalah itu, yang telah dan sedang berjalan
dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya pada Jumaat.
Bagaimanapun,
katanya, percaturan politik tidak dapat dielakkan dalam penubuhan
setiap kerajaan baharu memandangkan ia adalah corak politik yang
diamalkan sejak sekian lama.
“Dari
satu sudut, kita akan dapat melihat sisi kebaikan daripada situasi ini
kerana penilaian segera akan terus dilakukan oleh rakyat, sejauh mana
kemampuan tawaran menyelesaikan krisis negara ini.
“Seperti
yang kita lihat, apa yang berlaku pada tiga bulan lalu dan apa yang
berlaku sekarang. Itu kelebihan keadaan ini. Kerana, kita akan menilai
apa yang beliau (Ismail Sabri) mampu capai,” jelasnya.
Semalam,
Ismail Sabri mengumumkan pembentukan kabinet membabitkan pelantikan
seramai 31 menteri, termasuk empat menteri kanan, dan 38 timbalan
menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan