HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Ogos 2021

Ismail umum kabinet baru, tiada TPM

  MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan.

Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.

Tidak ada jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan.

Bagaimanapun, Ismail mewujudkan jawatan empat "menteri kanan" seperti mana yang pernah dilakukan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Berikut senarai kabinet baru:

Perdana Menteri: Ismail Sabri Yaakub

 

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

1. Agama - Senator Idris Ahmad

2. Undang Undang -  Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

3. Ekonomi - Mustapha Mohamed

4. Sabah Dan Sarawak - Dr Maximus Johnity Ongkili

5. Tugas Tugas Khas -Abdul Latif Ahmad

 

6. Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa: Azmin Ali

7. Menteri Kanan Pertahanan: Hishammuddin Hussein

8. Menteri Kanan Kewangan: Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

9. Menteri Kanan Pendidikan: Senator Dr Radzi Jidin

 

10. Menteri Dalam Negeri: Hamzah Zainuddin

11. Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin

12. Menteri Pengangkutan: Ir. Wee Ka Siong

13, Menteri Luar Negeri: Saifuddin Abdullah

 

14. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi

15. Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Rina Harun

16. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa

17. Menteri Kerja Raya: Fadzilah Yusof

 

18.Menteri Pertanian: Dr Ronald Kiandee

19. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba

20. Menteri Perladangan dan Komoditi: Zuraida Kamaruddin

21. Menteri Alam Sekitar dan Air: Tuan Ibrahim Tuan Man

 

22. Menteri Wilayah Persekutuan: Shahidan Kasim

23. Menteri Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad

24. Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan

25. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Mahdzir Khalid

 

26. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Marican Naina Merican

27. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar

28. Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Budaya: Nancy Shukri

29. Menteri Perpaduan Negara: Halimah Saddique

 

30. Menteri Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu

31. Menteri Sumber Manusia: S Saravanan

Tiada ulasan: