MALAYSIAKINI
Makna Merdeka tidak hanya bermaksud mengganti pimpinan kolonial Inggeris tetapi juga menghapuskan cara pemerintahan mereka, kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim.
Anwar, dalam ucapan Hari Merdeka ke-64, mengatakan para pemimpin negara harus memastikan bahawa mereka tidak meneruskan amalan menjarah negara dan menindas rakyat seperti yang dilakukan oleh penjajah.
"Kemerdekaan itu bukan bererti semata-mata menganti pimpinan Inggeris kepada rakyat Malaysia termasuk pribumi. Tokohnya berganti, amalannya juga harus berubah.
"Amalan keangkuhan, rompakan kekayaan negara, penindasan rakyat, penafian kebebasan dan lebih penting kesaksamaan dan kesamarataan peluang ekonomi kepada semua rakyat kita.
"Ini harus kita nilai pada hari kita sambut hari merdeka," katanya.
Anwar mengatakan bahawa rakyat Malaysia perlu menilai apakah mereka benar-benar mencapai kebebasan.
"Apakah kita melahirkan pemimpin-pemimpin yang tidak menggondolkan kekayaan, memungguh khazanah negara untuk kepentingan mereka, keluarga mereka.
"Apakah kemerdekaan ini beri jaminan pengagihan eknomi yang adil kepada rakyat terutamnya golongan petani, nelayan peneroka dan pekerja yang menjadi benteng terkuat dlm perjuangan ini," katanya.
Sementara itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapan Hari Merdeka, mengatakan bahawa negara mesti belajar dari pengalaman yang lalu.
"Insyallah segala masalah akan dapat kita atasi kemudian.
"Yang penting ialah kita belajar daripada peristiwa-peristiwa buruk yang berlaku dalam negara supaya kita dapat tolak cara yang merugikan kita dan kembali kepada cara-cara yang telah memberi kejayaan kepada negara kita sehinga dikenali sebagai Harimau Asia.
"Itulah harapan kita pada hari kemerdekaan ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan