Astro Awani
Kata
Syed Ali, UMNO tidak mahu timbul anggapan masalah yang berlaku hari ini
berpunca dari sikap sekelompok pemimpin yang perlu diberikan jawatan. -
Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
UMNO perlu menjarakkan diri dari mainan sentimen politik kebencian
sesama sendiri dan berbau hasutan jika mahu mengembalikan sokongan dan
keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Bekas
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata,
UMNO sebagai parti terbesar kepada orang Melayu di negara ini dan sudah
bertapak lebih 60 tahun sewajarnya semakin matang dan berupaya
menyesuaikan diri dengan perubahan lanskap politik semasa.
"Hari
ini, rakyat melihat UMNO dengan rasa berbelah-bahagi dan dihimpit
kecurigaan akibat pendekatan serta tingkah-laku sesetengah pemimpin
parti itu yang dilihat lebih ghairah mengejar kedudukan dan mengutamakan
perjuangan peribadi.
"Realitinya
rakyat melihat ada segelintir pemimpin UMNO akan mula menanam
bibit-bibit kebencian, bermain dengan provokasi, melakar pelbagai
andaian negatif dan menyemarakkan sentimen kepartian sempit apabila
gagal meraih sesuatu jawatan.
"Sepatutnya
pemimpin parti di setiap peringkat sewajarnya lebih bersikap terbuka
dan bersedia menerima teguran serta kritikan daripada ahli bawahan
kerana perlakuan dan tindakan seseorang pemimpin itu tidak semestinya
baik dan boleh diterima pakai," katanya dalam catatan terbaharu di laman
Facebooknya pada Sabtu.
Dalam
pada itu katanya, UMNO juga tidak mahu timbul anggapan masalah yang
berlaku hari ini berpunca dari sikap sekelompok pemimpin yang perlu
diberikan jawatan, dihujani kata pujian, disanjung dan dipertahankan
secara membabi buta.
"Sementara pihak yang menongkah arus pula harus dipinggir atau dinyahkan dari parti.
"Inilah ketaksuban melampau yang boleh melemahkan kekuatan sesebuah parti," tegasnya.
Justeru
itu ujar Syed Ali, UMNO juga sudah boleh bersedia menerima reformasi
politik seperti yang berlaku di kebanyakan negara dengan mengambil kira
kepentingan umum.
Tambahnya, reformasi
itu perlu melihat kepada populasi golongan muda sebagai penyumbang
terbesar kepada pembentukan sistem politik negara di masa akan datang.
"Banyak
pihak berpendapat sudah sampai waktunya UMNO membebaskan diri daripada
politik tradisional dengan pendekatan lebih realistik di mana pemegang
jawatan utama tidak semestinya diwajibkan dipilih sebagai ketua
pentadbiran kerajaan jika keadaan politik semasa memerlukan perubahan
seperti itu dilakukan.
"Pada hemah saya,
kerana amalan kebiasaan itu sudah berakar umbi dan diguna pakai sebagai
satu kemestian, maka akan tumbuh benih kebencian dan mewujudkan puak
dalam parti akibat daripada 'kejanggalan' tersebut, walhal ianya perlu
dan boleh berlaku sesuai dengan situasi politik semasa.
"Jika
pemimpin UMNO sentiasa bermain dengan ciptaan provokasi, sentimen
kebencian dan sindiran sinis sesama kelompok parti tidak dapat disekat,
saya khuatir barah itu akan merebak di peringkat akar umbi yang akhirnya
tunjang UMNO menjadi reput dan tumbang ditolak rakyat," jelasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan