HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Ogos 2021

Hanya muka sama, warganet bidas lantikan Jemaah Menteri baharu

Warganet ingin tahu apakah perbezaan antara Jemaah Menteri di bawah 
pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dan Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Warganet percaya mereka sekali lagi melalui situasi sama selepas melihat pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Mereka tidak melihat sebarang perubahan apabila hampir setiap anggota Jemaah Menteri daripada kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin dikekalkan selepas Ismail mengambil alih kerajaan.

“Apa bezanya selepas dia (Muhyiddin) meletak jawatan,” soal @hannaalkaf.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik daripada PKR(@NajwanHalimi) berkata, ia hanya “orang yang sama” manakala seorang lagi warganet @Elill_E, mempersoalkan sama ada Ismail hanya membaca semula senarai Jemaah Menteri sebelum ini.

“Kabinet #Malaysia Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula, ” tulis @itshikalhakim.

Seorang aktivis Nalini Elumalai (@nalinielumalai) menulis, “Selamat datang, ketidakcekapan!” manakala Marina Mahathir @netraKL berkata, “Ya ampun, Kabinet yang tidak imaginatif.”

“Ini adalah peluang untuk anda melakukan dengan lebih baik tetapi anda gagal. Kekalkan semua yang tidak menunjukkan prestasi langsung. Selamat berjaya! #KerajaaanGagal,” tulisnya.

Antara perubahan dilihat ialah pertukaran portfolio antara Khairy Jamaluddin dan Dr Adham Baba apabila masing-masing dilantik sebagai menteri kesihatan dan menteri sains, teknologi dan inovasi yang baharu.

“KJ dan Adham Baba telah bertukar portfolio,” tulis @DrMathen.

“Mari kita lihat apa rancangan Adham Baba untuk sains dan inovasi, saya yakin ia mesti menarik.”

Sebagai membalas hantaran Marina, @Mochi9821 mengucapkan tahniah kepada Ismail “di atas usaha mengekalkan #kerajaangagal”.

“Umno kini secara rasminya mewarisi #kerajaangagal. Jangan salahkan orang lain ketika PRU15.”

Tiada ulasan: