HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Ogos 2021

PRK mekanisme terbaik ajar wakil rakyat lompat parti – Najib

revocation of Emergency Ordinance Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak 1MDB debts KWAN 1Malaysia Development Berhad
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak sependapat dengan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said agar diadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi yang lompat parti.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kaedah itu diamalkan oleh beberapa negara komanwel lain, di mana ahli parti yang mahu tukar parti atau dipecat, mereka akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

“Pada saya, cara yang paling baik ialah melaksanakan “recall election” ataupun pemilihan semula seperti diamalkan beberapa negara komanwel lain.

“Mana-mana yang mahu tukar parti (lompat) atau dipecat parti, mereka akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan pilihan raya kecil akan dilaksanakan bagi kawasan parlimen tersebut.

“Cara ini lebih adil pada parti asal dan bagi pengundi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya.

Semalam, Azalina dilaporkan menggesa kerajaan mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau “recall election” bagi menghalang mereka yang lompat parti.

Kata beliau, “recall election” adalah mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti.

Dengan car aitu, katanya, ia membolehkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan tersebut untuk membolehkan rakyat memilih wakil rakyat yang baharu.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, walaupun parti yang paling banyak menerima lompatan katak politik mahu Akta anti-lompat dilaksanakan segera, ia bukan cara penyelesaiannya.

Malah, cara itu lebih parah sekiranya ada Ahli Parlimen yang sudah lebih gemar dengan parti lain, tetapi terpaksa berada dalam parti sendiri sebab mereka tidak dibenarkan melompat bawah undang-undang.

Ini kata beliau, lagi banyak masalah yang akan dicetuskan pada parti asal mereka. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: