Astro Awani
Akhbar
Satar menegaskan, Jawatankuasa Khas Kabinet perlu dianggotai
pihak-pihak yang mahu bekerjasama dan bukan saling mahu mensabotaj.
KUALA LUMPUR:
Kabinet baharu yang bakal dibentuk tidak memerlukan jawatan Timbalan
Perdana Menteri selain menghentikan angka besar keahlian yang selama ini
diamalkan.
Presiden Persatuan
Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar
menjelaskan, kerajaan hari ini berdepan masalah ekonomi dan memerlukan
banyak perbelanjaan yang melibatkan banyak wang ringgit rakyat.
Ujarnya, paling penting memastikan Kabinet baharu nanti benar-benar kecil dan berfungsi untuk rakyat.
"Ketua
Setiausaha harus diberi kuasa untuk memimpin mana-mana kementerian yang
dirasakan kurang kritikal. Anggota Kabinet baharu juga tidak sepatutnya
dianggotai oleh mereka yang menghadapi tuduhan di mahkamah.
"Pada
masa kini paling penting adalah mendapatkan kualiti yang merangkumi
prestasi, integriti serta keberanian selain bukan kuantiti pada masa
mencabar begini. Mereka yang bakal mengisi jawatan itu juga adalah tokoh
yang boleh dipercayai dan akan meningkatkan keyakinan rakyat kepada
pelabur," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu tegasnya, isu kepentingan nasional harus diutamakan terutama dalam mengatasi pergolakan politik.
"Negara
memerlukan sebuah kerajaan yang efektif, stabil serta mampu menangani
kepentingan dan paling penting membangun semula pemulihan ekonomi.
"Usaha
itu tidak harus meletakkan isu pertikaian politik namun perlu memberi
fokus kepada usaha menyelamatkan nyawa dan meletakkan mata pencarian
kembali ke landasan.
"Kejujuran
intelektual sangat penting untuk pemerintahan yang berkesan dan bukan
hanya dengan bercakap namun melakukan apa yang dirancang. Pemerintah
juga seharusnya menunjukkan integriti sebagai model untuk diikuti oleh
rakyat," jelasnya.
Dalam perkembangan
berasingan, Akhbar Satar menegaskan, Jawatankuasa Khas Kabinet perlu
dianggotai pihak-pihak yang mahu bekerjasama dan bukan saling mahu
mensabotaj.
Jawatankuasa itu juga tidak
harus saling salah-menyalahkan antara satu sama lain dan menunjukkan
model terbaik sebagai ahli politik matang kepada rakyat sebagai sebuah
Keluarga Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan