Astro Awani
Pada
Rabu, semua 220 Ahli Parlimen telah menyerahkan akaun bersumpah kepada
Istana Negara calon yang mereka sokong untuk jawatan Perdana Menteri. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan
Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan hadir ke Istana Negara untuk
sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.
Turut dijangka hadir adalah beberapa Ahli Parlimen Bebas.
Sumber
berkata, sesi menghadap itu bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong
mendapatkan pengesahan tentang calon Perdana Menteri kesembilan yang
telah dipilih.
Dilaporkan
BN hanya menamakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
sebagai Perdana Menteri kesembilan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.
Pada
Rabu, semua 220 Ahli Parlimen telah menyerahkan akaun bersumpah kepada
Istana Negara bagi menamakan calon yang mereka sokong untuk jawatan
Perdana Menteri.
Pakatan Harapan,
Pejuang, Warisan, UPKO, PSB dan dua Ahli Parlimen bebas dikatakan telah
menamakan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
calon Perdana Menteri.
Turut dilaporkan,
ada pihak yang mendakwa Ismail Sabri berjaya mendapatkan 115 sokongan
Ahli Parlimen menjadikan beliau memperolehi sokongan majoriti manakala
Anwar mendapat 105 sokongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan