HALAMAN SANTAI

Ahad, 8 Ogos 2021

Ahli Parlimen DAP dakwa cuba ‘dibeli’ untuk sokong PN

Athirah Huda Zalhe

Ditawar wang, kedudukan sebagai menteri dan beberapa insentif lain

BANGI – Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran mendakwa ditawarkan wang dan kedudukan jika menyokong pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen DAP itu mendakwa tawaran itu antara lain menyebut ganjaran wang, kedudukan sebagai menteri, peruntukan penuh kepada konsituensi Ipoh Barat dan insentif-insentif lain.

Beliau mendakwa, menerima tawaran itu melalui pesanan Whatsapp menerusi telefon Setiausaha Sulitnya, Jeremy Chuah pada 6 Ogos.

“Bagi saya keadaan ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana tahu PN terdesak untuk mengekalkan kuasa hingga sanggup mendekati Ahli Parlimen dengan cara begini.

“Apa yang boleh saya katakan, daripada cuba mendapatkan sokongan Ahli Parlimen melalui tawaran sebegini, lebih baik mereka mengambil langkah sewajarnya untuk memperbaiki kelemahan dan kegagalan mentadbir kerajaan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Kula Segaran berkata demikian selepas membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, hari ini.

Laporan itu dibuat Jeremy yang antara lain menggesa tindakan dan siasatan dilakukan ke atas individu terlibat kerana mendakwa tawaran itu mengandungi unsur rasuah untuk membeli Ahli Parlimen Ipoh Barat.

Tiada ulasan: