KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, berkata proses demokrasi berparlimen di negara ini perlu diperteguhkan semula supaya rakyat yakin 'Langkah Sheraton 2020' tidak akan berulang.
Bagaimanapun beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Anggerik berkecil hati dan terguris apabila pihak yang mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak memperoleh semula mandat itu.
"Kalau ianya berulang, bermakna sistem yang kita pilih ini telah hancur dan perlu diperbaiki menjelang pilihan raya yang akan datang. Untuk memberi keyakinan semula kepada rakyat adalah sukar apabila yang menang menjadi pembangkang dan yang kalah menjadi kerajaan.
"Rakyat perlu membuat pilihan. Yang penting sistem demokrasi berparlimen perlu dipertahankan," katanya Facebooknya, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Baginda turut menzahirkan harapan pelantikan Perdana Menteri baharu, dapat menamatkan kemelut politik dengan segera, selain bertitah supaya semua Ahli Parlimen dapat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan