HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Ogos 2021

Benar cakap Nazri, Agong pun ditipu dengan Zahid sekarang MT UMNO pula?


Terbukti benar dakwaan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang penipu.

Sekarang dakwaan pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang penipu terbukti kebenarannya, ia selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pula dimanipulasi untuk kepentingan peribadinya.

Nazri sebelum ini mendedahkan tindakan licik Zahid yang bertindak menipu Yang di-Pertuan Agong semasa menghadap tempoh hari dengan mendakwa semua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO berikrar untuk meletak jawatan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dakwaan Nazri tersebut kemudiaan dibuktikan dengan penularan dokumen yang tular didakwa dibawa Zahid menghadap Agong, ia sehingga kini masih belum dinafikannya.

Sudah beberapa kali Zahid ditangkap menipu, sebelum ini berhubung surat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihantar ke Istana Negara, ia ditandatangani bersama rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak. Tidak ada juga penafian mengenai surat sokongan itu.

Tidak cukup dengan penipuan tersebut, pada April lalu tular satu klip audio perbualan pakatan sulit antara Zahid dan Anwar, kedua-dua mereka sedang merancang membawa UMNO keluar daripada kerajaan PN. Beliau hanya menafikan tetapi tidak membuat laporan polis.

Baru-baru ini, Zahid semasa pertemuan bersama Ahli-Ahli Parlimen (MP) UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Wisma Perwira membuat pengakuan berhubung ketulenan surat dan klip audio tersebut, ia sekaligus mengesahkan penipuan beliau sebelum ini.

Malam tadi, selesai Mesyuarat MT UMNO, Zahid akhirnya mengesahkan secara tak langsung rancangan yang bermula sejak Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) Mac lalu dengan memuktamadkan keputusan menarik sokongan daripada kerajaan PN dan meminta Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur.

Jadi terbukti benar kata Zahid kepada Anwar dalam klip audio tersebut, “Don’t worry that is only tactical ok (jangan risau, itu hanya strategi).”

Taktik sama digunakan Zahid dalam kenyataan selepas mesyuarat malam tadi, beliau sekali lagi mengulangi kenyataan “No Anwar, No DAP” walhal rancangan sebenar jajaran baharunya adalah melantik Anwar sebagai PM dan bersama DAP dalam kerajaan.

Lebih menarik lagi, Zahid juga tidak menamakan calon PM dalam kenyataannya, ia tidak pasti UMNO akan menamakan siapakah yang akan menjadi calon mereka memandangkan tidak ada sebarang nama dikemukakan setakat ini.

Mungkinkah Anwar calon PM itu? Hanya anak murid sahaja sayang kepada cikgunya.

Menurut sumber, tidak semua ahli MT sependapat dengan Zahid semasa mesyuarat semalam, malah beberapa individu yang hadir semasa mesyuarat juga mempersoalkan langkah untuk menarik sokongan daripada PN ketika usaha menangani Covid-19 sedang berjalan.

“Ada ahli MT UMNO yang tidak bersetuju dengan tindakan menarik sokongan daripada kerajaan PN bagaimanapun bersetuju sekiranya Parlimen dibubarkan bagi diadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Persoalan kini, apakah tindakan seterusnya jika MP UMNO tidak ikut arahan untuk keluar kerajaan PN? Adakah mereka akan dipecat nanti?” kata sumber kepada Agenda Daily.

Kenyataan Zahid selepas mesyuarat juga tidak menyentuh berhubung tindakan yang akan dikenakan terhadap MP UMNO yang ingkar dengan keputusan MT UMNO malam tadi.

Sumber juga memberitahu, seorang ahli MT ada menyatakan kebimbangan sekiranya PRU diadakan dengan segera kerana persediaan masih tidak mencukupi di kawasan Parlimen yang bakal ditandinginya.

“Sekiranya PRU, banyak kawasan Parlimen belum bersedia. Apakah jaminan kerajaan baharu akan lebih baik?” kata sumber lagi.

Selain itu, sumber turut berkata Zahid tidak memberitahu secara terperinci langkah seterusnya jika kerajaan PN jatuh dan hanya mensasarkan untuk menyingkirkan Muhyiddin sebagai PM sahaja.

“Bila ditanya langkah seterusnya selepas kerajaan jatuh, Zahid tidak menjawab secara terperinci kerana baginya matlamat utama adalah menyingkirkan Muhyiddin.

“Beliau tidak menyatakan siapa pengganti selepas itu,” kata sumber lagi.

Langkah terbaharu UMNO ini dijangka akan menyebabkan suhu politik negara kembali panas walaupun sudah diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

Tiada ulasan: