HALAMAN SANTAI

Sabtu, 21 Ogos 2021

DAP bodek PM baharu selepas ditipu konon Anwar ada majoriti


Selepas ditipu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya memiliki majoriti, kini DAP cuba membodek Perdana Menteri baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengangkat sumpah hari ini.

Dalam satu tangkap layar di laman rasmi Facebook, DAP mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikannya dan berharap dapat menyatukan semua rakyat Malaysia dalam memerangi Covid-19.

“Tahniah Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai PM Malaysia ke-9.

“Sebagai PM seluruh rakyat Malaysia, penting untuk beliau satukan warganya dan memperbaiki kegagalan terdahulu dalam bersama perangi wabak Covid-19,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam akaun Facebook peribadinya turut mengucapkan tahniah kepada PM-9 tersebut dan menggesanya agar menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Ismail perlu sedar bahawa beliau adalah Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Beliau perlu berkhidmat dan melindungi kepentingan setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang,” kata Guan Eng.

DAP kini berada dalam penyesalan selepas terlepas peluang untuk membentuk landskap politik baharu kerana terlalu percayakan Anwar sehingga sanggup menolak tawaran yang tidak akan datang lagi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum peletakan jawatannya.

Jika blok pembangkang menerima tawaran sebelum ini dibuat Muhyiddin, pasti kemaluan sebegini besar dapat dielakkan. Lebih mengejutkan, UMNO kembali ke tampuk kuasa Putrajaya sebagai parti dominan.

Semua ini berpunca daripada kebodohan Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain fanatik dengan Presiden PKR itu, antaranya Khalid Samad, Datuk Mahfuz Omar, Guan Eng dan beberapa nama lain yang sama bodoh dengan Ketua Pembangkang itu.

Setiausaha Publisiti Nasional DAP Tony Pua juga menyalahkan pembangkang, walaupun tidak menamakan Anwar sebagai puncanya tetapi disebabkan keangkuhan menolak cadangan Muhyiddin antara sebab utama UMNO kembali ke tampuk kuasa.

Pada 16 Ogos, Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai PM dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta.

Terdahulu petang tadi, Ismail Sabri mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai PM-9 menggantikan Muhyiddin.

Tiada ulasan: