Oleh EVA NATASHA SADALI
KUALA LUMPUR: Semua perancangan PAS bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah petang ini dijangka berjalan lancar, kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau yang dihubungi HarakahDaily hari ini berkata, segala persiapan ahli-ahli Parlimen parti berkenaan bagi menghadap Ketua Negara itu akan berjalan dengan baik.
Berhubung harapannya terhadap perdana menteri dan kerajaan baharu katanya, PAS mengharapkan yang terbaik bagi pembentukan kerajaan serta pimpinan baharu ini.
“Kita doakan agar pembentukan kerajaan dipermudahkan Allah,” katanya ringkas.
Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini, oleh 114 Ahli Parlimen dijadualkan berlangsung secara berperingkat membabitkan lima kumpulan.
Ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS), Umno, Bersatu dan Bebas mula dilihat memasuki Istana Negara bermula pada jam 11.35 pagi, hari ini dan dijangka berakhir jam 5 petang, hari ini. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan