HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 Ogos 2021

Genap 3 bulan PKP 3.0 tapi sia-sia, kata Najib

Najib Razak berkata beliau sudah menjangkakan PKP 3.0 dilaksanakan 
kerajaan akan gagal.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan sebagai sia-sia berikutan peningkatan kes Covid-19 setiap hari.

Beliau berkata cadangan sudah diberikan olehnya, tetapi tidak didengari oleh kerajaan.

“Hari ini genap tiga bulan kita dikurung secara sia-sia dalam PKP 3.0 yang amat gagal sekali.

“Siap beri cadangan untuk perbaiki. Jadi, jangan tuduh saya tak bantu. Kami sudah cuba banyak kali,” katanya di Facebooknya.

“Tapi adakah dia mahu dengar walaupun kesilapan adalah terlalu jelas di depan mata sehingga kesilapan-kesilapan seperti ini tidak akan dibuat oleh sesiapa yang waras atau tiada niat memanjangkan krisis Covid.”

Najib berkata sebelum ini beliau sendiri sudah menjangkakan PKP 3.0 dilaksanakan kerajaan akan gagal.

Katanya, ramalannya itu ternyata betul apabila sehingga kini kes Covid-19 tidak menurun.

“Selepas tiga bulan PKP 3.0, hari ini terbukti siapa benar.

“Dan siapa yang gagal sebab degil, tidak pentingkan rakyat serta siapa yang telah jelas jahanamkan dan korbankan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jangkitan harian Covid-19 merekodkan kes tertinggi harian dengan 21,668 manakala 318 kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan kini adalah 1,342,215.

Tiada ulasan: