HALAMAN SANTAI

Khamis, 12 Ogos 2021

Hishammuddin, dua Menteri Kabinet temui PM malam tadi.

Nizam Zain
MGF11082021_RUMAH-PM-1_1
Kenderaan yang membawa Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara. Foto MOHD ADZLAN, .

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menaiki kenderaan Toyota Land Cruiser kelihatan memasuki kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, kira-kira jam 9.26 malam tadi.

Ketibaan Hishammuddin yang diiringi sebuah motosikal pengiring selepas satu setengah jam  Perdana Menteri pulang ke kediamannya kira-kira 7.50 malam tadi.

Selain Hishammuddin, turut kelihatan memasuki perkarangan kediaman Perdana Menteri ialah dua kenderaan Menteri Kabinet dan beberapa kereta orang kenamaan (VIP) secara berperingkat bermula jam 9.20 malam tadi.

Terdahulu Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas bersama ketua-ketua PN dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kira-kira dua jam di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, petang tadi.

Mesyuarat khas yang bermula jam 5 petang itu dihadiri Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Terdahulu, Muhyiddin yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam meninggalkan kediamannya hari jam 7.50 pagi tadi.

Bagaimanapun selepas 12 jam di Putrajaya, Muhyiddin kelihatan bergegas pulang ke kediaman di Bukit Damansara dengan diiringi kereta dan motosikal pengiring polis kira-kira jam 7.50 malam tadi.

Tiada ulasan: