Astro Awani
Titah
baginda, jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaannya sekarang,
baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan kerajaan Johor. -
Sumber foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
ISKANDAR PUTERI:
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan semua Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar tidak mencemarkan kemuliaan Dewan
dengan perangai buruk masing-masing.
Baginda bertitah, Dewan Negeri adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat serta negeri Johor.
"Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini adalah dewan yang mulia bukannya dewan sangkar beruk.
"Ingat pesanan saya Tuan Speaker.
"Jalankan
kerja baik-baik dan suka juga saya ingatkan, yang saya tidak akan
melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah
sampai menganggu-gugat negeri dan kerajaan saya," titah baginda.
Sultan
Ibrahim turut bertitah menasihatkan semua ADUN supaya menggunakan sesi
persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi
menolong rakyat dan membangunkan semula ekonomi Johor.
"Ahli-Ahli Dewan tidak perlu berbahas atau membawa usul yang tidak berkenaan. Awak semua jangan pentingkan diri sendiri.
"Rakyat
di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan, ada yang hilang
pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak
COVID-19.
"Ini bukannya masa untuk
berbalah, tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan bekerjasama. Jangan
tanya kepada orang lain apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat, tetapi
lihatlah cermin muka sendiri," tambah baginda lagi.
Sultan
Ibrahim bertitah demikian semasa merasmikan Pembukaan Penggal
Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan
Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Titah
baginda, jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaannya sekarang,
baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan kerajaan Johor.
"Saya
rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan
tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.
"Apabila wabak COVID-19 telah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih Ahli Dewan yang baharu.
"Selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat," titah Sultan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan