HALAMAN SANTAI

Rabu, 11 Ogos 2021

Jangan pula selepas Zambry lepas jawatan, lapangan terbang dijual – Shahrir

MGF30042018_SHARIR-SAMAD-WALKABOUT01
Shahrir Samad

KUALA LUMPUR – Jangan pula apabila Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), ada menteri membenarkan Lapangan Terbang Subang dijual kepada tauke hartanah.

Sindiran itu dibuat oleh veteran UMNO, TAn Sri Shahrir Samad selepas pelantikan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditangguhkan.

”Salah prosedur ke lantikan NC UiTM itu? Sampai KP KPT boleh tangguhkan?,” soal beliau.

Prof Dr Roziah Mohd Janor telah dilantik sebagai NC UiTM mulai 9 Ogos lalu hingga 11 Oktober 2023.

Surat pelantikan Roziah adalah pada 2 Ogos 2021, ditandatangani oleh Datuk Seri Noraini Ahmad, bekas Menteri Pengajian Tinggi yang telah melepaskan jawatan itu selepas menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, pelantikan Roziah ditangguhkan dalam sepucuk surat bertarikh 7 Ogos 2021, ditandatangani oleh Prod Datuk Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut surat berkenaan penangguhan itu dibuat sehingga keputusan baharu dibuat oleh kerajaan.

Penangguhan itu mengejutkan dan terdapat spekulasi kononnya wujud campur tangan politik. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: