HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Ogos 2021

Kenapa MT buat keputusan tanpa rujuk MP UMNO? – Shahidan

Shahidan Kassim.
Shahidan Kassim.

KUALA LUMPUR – “Presiden UMNO berkata, kerajaan PN (Perikatan Nasional) dibentuk oleh ahli-ahli Parlimen.

“Kenapa ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tarik sokongan tanpa merujuk sepatah kepada ahli-ahli Parlimen UMNO?”

Itu pertanyaan Pengerusi Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim dalam media sosialnya malam ini.

Beliau mengulas keputusan MT UMNO petang tadi yang memutuskan hubungan dengan kerajaan PN.

“Ke mana UMNO akan pergi sekarang? Bersama PKR dan DAP? Sanggupkah UMNO jadi pembangkang? UMNO mesti bersama kerajaan, No Anwar, No DAP,” kata Ahli Parlimen Arau itu.

Terdahulu, Shahidan mendakwa kerajaan PN masih mantap dan tidak jatuh dan meminta semua menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC dari UMNO supaya jangan letak jawatan.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: