Hasimi Muhamad
Siasatan
dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan
& Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 - Gambar Twitter Dr Mahathir
KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai memberikan
keterangan kepada polis di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) hari ini
berhubung perarakan di Dataran Merdeka, baru-baru ini.
Selain
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu, turut memberi
keterangan ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Perkara
itu dimaklumkan oleh peguam yang mewakili mereka, Mior Nor Haidir
Suhaimi dan Muhammad Rafique Rashid Ali dalam satu kenyataan, sebentar
tadi.
"Dr
Mahathir dan Mukhriz telah memberi kerjasama sepenuhnya dan menyatakan
akan menjawab segala pertuduhan apabila hadir di mahkamah," demikian
menurut kenyataan itu.
Jelas kenyataan
tersebut lagi, proses memberi keterangan berlangsung sekitar 2.45 petang
sehingga 3.30 petang, melibatkan empat pegawai polis dari Unit Jenayah
Terkelas Bukit Aman.
Siasatan dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sementara itu, Ahli Parlimen Langkawi itu dalam kemas kini di laman Twitter turut mengesahkan perkara itu.
Pada
2 Ogos lalu, Dr Mahathir menyertai perarakan pembangkang di Dataran
Merdeka bagi menyuarakan bantahan susulan penangguhan Mesyuarat Khas
Dewan Rakyat.
Turut menyertai perarakan
tersebut ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti
Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Presiden Parti Warisan Sabah
(Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal; serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan
Eng.
Selain itu, hadir sama ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian.
Sebelum
ini, beberapa Ahli Parlimen pembangkang hadir ke Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberikan keterangan berhubung isu sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan