HALAMAN SANTAI

Khamis, 12 Ogos 2021

Perdana Menteri hadir ke persidangan hari pertama DUN Johor

Astro Awani
Perdana Menteri hadir ke persidangan hari pertama DUN Johor
Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, tiba pada jam 9.30 pagi. - Foto BERNAMA
 
ISKANDAR PERTAMA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
 
Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, tiba pada jam 9.30 pagi.
 
Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), 
 
kelihatan duduk sebaris dengan dua bekas Menteri Besar iaitu Datuk Osman Sapian (BERSATU-Kempas) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (BERSATU-Bukit Kepong).

Tiada ulasan: