HALAMAN SANTAI

Selasa, 17 Ogos 2021

Tiada lagi gaji, Annuar jadi sukarelawan PriVo

  Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF

Annuar berkongsi kad keahlian PriVo dan akan memulakan tugasnya sebagai sukarelawan esok.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendaftar sebagai Sukarelawan Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo) dan akan memulakan tugasnya esok.

Beliau dalam ciapan di laman Twitter turut menunjukkan gambar kad keahlian sukarelawan PriVo yang merupakan satu daripada inisiatif di bawah kementerian yang pernah diterajuinya sebelum ini.

“Ya tiada lagi riders (pengiring) tiada lagi pengawal peribadi, tiada lagi gaji. Tapi bagi saya itu semua pinjaman.

“Apa yang akan datang? Berkhidmat kepada rakyat seperti biasa. Saya mahu terus membantu yang miskin, gelandangan dan mereka yang memerlukan. Esok saya mula insya-Allah,” tulisnya hari ini. – K! ONLINE

Tiada ulasan: