HALAMAN SANTAI

Selasa, 17 Ogos 2021

Tun menghadap Agong hari ini

 Oleh MOHD RASDAN AHMAD

Tun Mahathir

PETALING JAYA – Presiden Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.

Bukan sahaja Mahathir, semua ketua parti termasuk dari UMNO, Pas, Bersatu serta parti di bawah Pakatan Harapan (PH) diminta untuk menghadap.

Perkara itu difahamkan bertujuan mendapat pandangan mereka berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu.

Ia susulan perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semalam selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti. – K! ONLINE.

Tiada ulasan: