HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 Ogos 2021

UMNO perlu buktikan keabsahannya

Ini bermakna segala keputusan yang dibuat berhubung pemecatan ahli dan tindakan lain oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebagai tidak sah.

Kepimpinan yang ada hari ini adalah bersifat sementara sehingga pemilihan parti diadakan dengan segera.

Jika keabsahan itu tidak dibuktikan, maka lebih banyak perkara buruk akan berlaku kepada UMNO, termasuk pembatalan parti itu.

Kekeliruan itu berpunca para pemimpin UMNO alpa bahawa mereka perlu memaklumkan kada ROS keputusan yang dibuat oleh MKT pada sebelum 30 Jun.

Apa yang berlaku apabila adalah apabila MKT bermesyuarat pada 7 Julai dan memaklumkan keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan.

Surat menyurat sebelum ini di antara UMNO dengan ROS hanya urusan bagi mendapatkan panduan dan bukannya memaklumkan keputusan MKT.

Keabsahan ini turut melibatkan keputusan MKT yang dibuat oleh UMNO untuk menarik kembali sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibuat baru-baru ini.

Tiada ulasan: