HALAMAN SANTAI

Khamis, 12 Ogos 2021

Zahid dicabar bersumpah depan 31 MP UMNO, klip audio macam mana?

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bersumpah.

Seorang pemimpin senior UMNO mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya bersumpah di depan 31 Ahli-ahli Parlimen (MP) yang tidak menyokongnya untuk meneruskan kerjasama dengan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mempersoalkan tindakan Zahid tersebut yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi menyakinkan MP UMNO untuk menyokongnya walaupun sudah berkali-kali ditangkap menipu walhal sebelum ini juga pernah membuat penafian berhubung surat yang dihantar kepada Istana Negara dan juga klip audio mesra dengan Anwar.

“Bersumpah nama Allah tak sokong Anwar jadi Perdana Menteri (PM) tapi audio dia (Zahid) dengan anwar tu macam mana?

“Apakah sanggup buat apa saja asalkan dapat menyakini MP UMNO,” katanya kepada Agenda Daily.

Nazri juga menggesa Zahid supaya mendedahkan jika tidak menyokong Anwar, siapa yang akan beliau sokong untuk menjadi PM.

“Kalau tak sokong Anwar dia sokong siapa jadi PM?” soal beliau.

Sekiranya Zahid berani untuk mempertahankan sumpahnya seperti yang didedahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini, Nazri kini mencabar beliau untuk melakukan perkara sama dihadapan MP UMNO dan Barisan Nasional supaya ia dapat menyakinkan mereka.

“Saya mintak Zahid sumpah depan kami 31 orang supaya kami juga yakin dengan Zahid,” katanya lagi.

Ahmad Maslan sebelum ini mendedahkan Zahid bersumpah dengan nama Allah tidak akan menyokong Anwar dan bagi orang Islam tindakan bersumpah terutamanya melibatkan kalimah suci bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main.

“Presiden UMNO telah bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar untuk jadi perdana menteri dan tidak akan bersama dengan PH (Pakatan Harapan) dan DAP di hadapan beberapa Ahli Parlimen (MP).

“Saya ada ketika itu, ini baru lagi baru sehari dua yang lalu. Jadi tuduhan terhadap beliau itu adalah yang tidak berasas,” katanya dipetik dalam satu program bual bicara secara maya baru-baru ini.

14 MP UMNO diketuai Zahid sedang merancang bersama blok pembangkang diketuai Anwar, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.

Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki majoriti Parlimen.

Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.

Tiada ulasan: