MALAYSIA POST
PEMIMPIN muda DAP, Syahredzan Johan sewajarnya diangkat dalam barisan kepimpinan baharu parti itu, kata bekas Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim.
Menerusi satu ciapan di Twitter hari ini, Zaid berkata DAP memerlukan seorang pemimpin Melayu yang bijak dan berani untuk diangkat dalam barisan kepimpinan parti tersebut.
“Saya tidak nampak Syahredzan Johan dalam barisan kepimpinan DAP.
“Melayu yang bijak dan berani seperti beliau harus diangkat ke atas,” kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada tahun 2018.
Mengulas lanjut, Zaid berkata Syahredzan yang juga Setiausaha Politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang juga perlu diberikan kerusi untuk ditandingi pada PRU15 akan datang.
Ini kerana katanya, DAP tidak boleh melawan PAS dengan menampilkan calon muda serta memiliki personaliti seperti Syahredzan, bukannya dengan ‘pahlawan tradisional’.
Sebelum ini Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menamakan Syahredzan antara pemimpin berpotensi untuk diangkat dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
Bagaimanapun selepas pemilihan berlangsung, nama Syahredzan dilaporkan tiada dalam senarai. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan