MALAYSIA POST
TUNGGU keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab pertanyaan sama ada Perikatan Nasional (PN) sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menubuhkan kerajaan negeri Melaka.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, fokus ketika ini adalah kempen saat akhir bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.
“Apa pun soal yang akan berbangkit kita akan lihat selepas daripada itu. Jangan jawapan saya ini diputar media mengatakan saya bersedia.
“Saya tidak kata begitu. Saya nak lihat apa keputusan PRN ini dan selepas itu, kita akan mengatur apa langkah strategi tertentu.
“Saya tidak kata bersedia bekerjasama atau tidak bersedia. Saya tidak sahkan apa-apa. Tolong betulkan sikit. Saya takut media pusing mengatakan saya bersetuju mewujudkan kerjasama atau tidak bersetuju,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata demikian kepada media selepas program Pertemuan Bersama British Malaysia Chamber of Commerce (Roundtable Meeting) dan Dialog Pemulihan Negara di ibu negara hari ini.
Presiden Bersatu itu mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam bahawa BN terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti dan tidak terhad dengan PN sahaja sekiranya hanya mampu mempertahan 13 kerusi di Melaka. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan