Harits Asyraf Hasnan

Menurut
Syed Saddiq, masalah yang membelenggu Malaysia ketika ini jarang
didengar, diperbahas atau didebatkan terutama berkenaan isu pelaksanaan.
- Foto/ Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menempelak
anggota Kabinet dan Ahli-Ahli Dewan Rakyat berkenaan isu-isu yang patut
dijadikan fokus semasa persidangan.
Tegasnya,
isu 'kosmetik' seperti nama 'Timah' dilihat jauh lebih penting daripada
isu ketirisan, penyelewengan, pekerjaan dan pendidikan yang berkualiti.
"Yang
sedihnya, kalau kita lihat laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit
Negara, pada tahun lepas lebih RM620 juta dibazirkan kerana ketirisan
berlaku.
"Kita
lihat juga sama pelaksanaan program laptop yang sepatutnya diberi pada
anak-anak muda. Hanya
dua minggu lepas baru berjaya dimuktamadkan.
"Walhal perkara ini harus diguna pakai oleh anak-anak sejak awal tahun lagi, sejak mereka masuk ke sekolah.
"Apa mesejnya yang saya nak hantar di sini? Pelaksanaan adalah kunci kepada projek kerajaan," ujarnya.
Menurutnya,
masalah yang membelenggu Malaysia ketika ini jarang didengar,
diperbahas atau didebatkan di Dewan Rakyat terutama berkenaan isu
pelaksanaan.
"Tetapi sejak dua minggu lepas setiap hari kita akan dengar isu apa? Isu ‘Timah”. Tukar nama 'Timah'.
"Adakan mesyuarat khas Kabinet bincangkan isu 'Timah'. Putuskan penukaran nama itu dalam mesyuarat Kabinet.
"Ada
tiga menteri perlu bincangkan secara khas berkenaan isu 'Timah'. Hanya
berkenaan satu nama syarikat yang telahpun wujud di Malaysia
bertahun-tahun.
"Adakah fokus yang sama, kritikan yang sama, diberikan berkenaan isu RM620 juta ini, ketirisan yang berlaku?.
"Ia
melibatkan ratusan ringgit wang rakyat. Tidak ada. Senyap. Lesap. Diam
sahaja dalam Dewan ini.
Tetapi berkenaan isu 'Timah', seperti ini adalah
isu terbesar di negara," luahnya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Malah
katanya, menteri bertanggungjawab terhadap alam sekitar, kelestarian
dan perubahan iklim telah menghurai panjang isu 'Timah', namun
tanggungjawab hakiki membawa nama baik negara dalam persidangan COP26,
tidak diendahkan langsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan