Faris Danial Razi

Anwar
menasihatkan semua pihak supaya bersabar dan bijak membuat keputusan
berkaitan pemilihan calon agar tidak menyesal di kemudian hari. -
Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan
parti itu belum memuktamadkan calon yang akan bertanding pada Pilihan
Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November nanti.
Bagaimanapun,
katanya beliau dan Naib Presiden PKR, Tian Chua sudah melakukan
perbincangan dan melakukan proses saringan calon daripada setiap
peringkat pada Ahad.
“Saya sendiri semalam ada berbincang dengan saudara Tian Chua dan beberapa yang lain yang datang berbincang calon-calon ini.
“Namun,
saya masih belum memuktamadkan lagi. Tetapi proses saringan itu akan
dibuat daripada peringkat cabang bahagian, Jabatan Pilihan Raya Negeri
(JPRN), Jabatan Pilihan Raya Parlimen (JPRP) sehinggalah peringkat
pusat.
“Dan
tentunya kalau saya diberi pilihan, ia sesuatu yang sangat sukar kerana
saya tahu setiap kali pilihan raya, ada yang kesal dan ada juga orang
yang tidak berkawan dengan saya,” ujarnya yang juga Presiden PKR.
Ahli
Parlimen Port Dickson itu berkata demikian ketika berucap dalam Majlis
Pelancaran Bilik Gerakan Utama PRN DUN Melaka secara maya pada Isnin.
Selain
itu, beliau menasihatkan semua pihak supaya bersabar dan bijak membuat
keputusan berkaitan pemilihan calon agar tidak menyesal di kemudian
hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan