Shafik Ahmad

Dennis menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap apa yang telah dilaksanakan GPS. - Foto Astro AWANI
BARAM: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa menawarkan khidmat kepada rakyat dan bukan hanya ketika musim pilihan raya sahaja.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata atas
sebab itu ujarnya, GPS sentiasa bersedia sekiranya berlaku pertembungan
tiga hingga empat penjuru bagi kerusi DUN Telang Usang pada Pilihan Raya
Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak kelak.
‘Ia mungkin tiga atau empat penjuru tetapi kita telah bersedia.
“Ini
kerana kita sentiasa menjalankan tanggungjawab sejak dari hari pertama
sehingga sekarang dan kita telah melakukan bahagian kita,” katanya tanpa
mendedahkan secara spesifik calon dari parti mana yang dijangka akan
bertanding.
Justeru, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap apa yang telah dilaksanakan GPS.
Keputusan
itu katanya akan diterjemahkan kepada mandat bagi mengangkat calon yang
dipilih bagi membawa suara rakyat di DUN Sarawak.
“Kita
berkhidmat secara keseluruhan, dan kita percaya bahawa rakyat mampu
menilai dengan bijak apa yang telah dilakukan oleh kerajaan GPS,”
tambahnya.
Untuk rekod, Dennis memenangi
kerusi DUN Telang Usan atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti
167 undi selepas memperoleh 3,321 undian mengatasi calon PKR, Roland
Engan (3,064 undi) dalam PRN11 pada 2016.
Sementara
itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada
Ahad berkata tarikh pilihan raya negeri belum ditetapkan sehingga
perintah darurat di Sarawak ditarik atau ditamatkan.
“Saya serah kepada rakyat untuk melihat masa depan kita (Sarawak), bila pilihan raya saya pun tidak tahu, tidak lama lagi.
“Kita
tunggu sahaja bila beduk berbunyi,” katanya ringkas ketika berucap pada
Majlis Negerang Jihe Uma Maring Rumah Panjang Temenggung Elizabeth Deng
di Kampung Long Laput, Baram.
Tempoh
penggal DUN Sarawak telah tamat pada 6 Jun lalu namun pembubaran
terpaksa ditangguhkan susulan pengisytiharan Proklamasi Darurat di
bahawa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 Sarawak oleh Yang
di-Pertuan Agong sehingga 2 Februari tahun depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan