Raja Hisyam Raja Zaid

DAP kekal bertanding merebut lapan kerusi DUN pada PRN Melaka, pada 20 November ini dengan mempertaruhkan dua muka baharu.
KUALA LUMPUR:
DAP kekal bertanding merebut lapan kerusi Dewan Undang Negeri (DUN)
pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada 20 November ini dengan
mempertaruhkan dua muka baharu.
Menurut
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang media yang diadakan
sebentar tadi, dua muka baharu tersebut akan bertanding di kerusi DUN
Pengkalan Batu dan Bandar Hilir.
“Bagi
N15 Pengkalan Batu kita calonkan Muhamad Danish Zainudin, muka baharu
untuk Pengkalan Batu di mana bekas DUN telahh pun melompat parti
daripada DAP,” katanya.
Manakala, seorang lagi muka baharu yang bakal bertanding di kerusi N22 Bandar Hilir merupakan calon wanita iaitu Leng Chau Yen.
Bagi enam kerusi lain, parti itu akan mengekalkan muka lama bagi kembali bertanding pada pilhan raya tersebut.
Mereka
adalah Saminathan Ganesan (DUN Gadek), Kerk Chee Yee (DUN Ayer Keruh),
Allex Seah Shoo Chin (DUN Kesidang), Low Chee Leong (DUN Kota
Laksamana), Damian Yeo Shen Li (DUN Duyong) dan Tey Kok Kiew (DUN
Bemban).
Calon-calon ini akan bertanding di bawah logo Pakatan Harapan (PH).
Jelas
Guan Eng, DAP mensasarkan untuk mencipta sejarah pada PRN kali ini
sekalipun berdepan dengan kesukaran selepas tidak dibenarkan berkempen
seperti sebelumnya.
DAP juga yakin dengan
kesemua calon yang bakal dipertaruhkan termasuk dua muka baharu untuk
kembali memenangi kesemua lapan kerusi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan