Azizah Alwi

Soon Koh berkata, PRN boleh diadakan dalam tempoh 60 hari selepas perintah darurat itu diangkat. - Gambar/ Astro AWANI
KUCHING:
Tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN)
walaupun Proklamasi Darurat telah ditarik balik, kata Presiden Parti
Sarawak Bersatu, Datuk Seri Wong Soon Koh.
Jelasnya, selain demi keselamatan rakyat, ia juga sebagai menghormati pemergian mendiang Tan Sri James Jemut Masing.
Soon Koh berkata, PRN boleh diadakan dalam tempoh 60 hari selepas perintah darurat itu diangkat.
Namun,
beliau agak terkilan keputusan itu terpaksa dibuat ketika seluruh
negeri Sarawak sedang bersedih menerima berita kematian timbalan ketua
menteri.
“Saya berasa amat sedih kerana
kita baharu sahaja mengadakan upacara pengebumian mendiang timbalan
ketua menteri dan tidak lama selepas pengebumian selesai, darurat di
Sarawak telah ditarik balik untuk memberi laluan kepada PRN,” ujarnya.
Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
telah memberikan perkenan untuk menarik balik Proklamasi Darurat di
Sarawak setelah berbincang dengan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri
Abdul Taib Mahmud.
Pemansuhan itu secara
tidak langsung akan membuka laluan kepada PRN Sarawak Ke-12 selepas
penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang berakhir pada 6 Jun lalu.
Walaupun
darurat ditamatkan, Soon Koh berharap Gabungan Parti Sarawak (GPS)
tidak akan terburu-buru untuk mengadakan pilihan raya sebelum tahun ini
berakhir.
Katanya, GPS harus melihat kepada perkembangan semasa kes COVID-19 yang masih berada pada tahap membimbangkan.
“Statistik
yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak
tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana kes masih lagi tinggi.
“Malah penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) juga berada pada tahap 80 peratus,” katanya.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu turut menegaskan PRN
Sabah sebelum ini patut dijadikan pengajaran kerana telah mencetuskan
kluster dan peningkatan jangkitan yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan