PERIKATAN Nasional menyambut baik keputusan
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersetuju untuk menggunakan lambang
Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.
Ketetapan
yang ditegaskan melalui kenyataan YB Presiden PAS juga mengambil kira
panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulamak. Perikatan Nasional
yakin keputusan PAS mencerminkan semangat muafakat yang utuh di kalangan
parti-parti anggota Perikatan Nasional.
Mendepani cabaran pandemik COVID-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara, Perikatan Nasional bertekad untuk menggembleng kesatuan bagi menjamin kestabilan kerajaan serta kesinambungan pelaksanaan dasar dan inisiatif demi kemaslahatan sosio ekonomi dan kemakmuran negara.
Perikatan Nasional yakin dan percaya bahawa rakyat Negeri Melaka cukup matang dan bijaksana untuk mendukung wadah Perikatan Nasional yang senantiasa menganjurkan perpaduan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.
(*) DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI -Ketua Penerangan Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan