HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 April 2008

Abdullah: Sistem kuota pemilihan kekal


PUTRAJAYA: Sistem kuota pencalonan akan dikekalkan pada pemilihan Umno akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini, Khamis.

Abdullah, yang juga Presiden Umno berkata, ianya dikekalkan seperti diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti baru-baru ini.

Sekiranya hendak meminda sistem kuota itu, Umno perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal agama Islam di sini.

Mengikut sistem kuota itu, mereka yang ingin bertanding jawatan Presiden perlu memperoleh sekurang-kurangnya 30 peratus atau 57 pencalonan daripada 191 bahagian, bagi Timbalan Presiden 20 peratus (38 pencalonan), Naib Presiden 10 peratus (19 pencalonan) dan anggota Majlis Tertinggi lima peratus (10 pencalonan).

Perhimpunan agung Umno kali ini akan berlangsung dari 16 hingga 20 Dis ini.

Mengenai langkah Umno menarik balik larangan berkempen menjelang pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat tahun ini, Abdullah berharap ianya dapat dijalankan dalam keadaan tertib dan mengikut peraturan.

Abdullah berkata larangan itu diadakan sebelum ini kerana banyak perkara yang tidak diingini seperti bergaduh dan berbalah berlaku semasa kempen.

Ditanya kemungkinan politik wang akan diamalkan semasa berkempen, Abdullah berkata Umno menolak penggunaan wang untuk mencari pengaruh kerana gejala itu membahayakan parti.

Mengenai cadangan beberapa pemimpin Umno supaya beliau dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu menyelesaikan perbezaan pendapat mereka, Abdullah berkata: "Tengoklah...sebab-sebabnya." BERNAMA

Tiada ulasan: