Selangor sedia lantik bekas pemimpin BN demi kemajuan negeri
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat sedia melantik mana-mana bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk tugas-tugas tertentu demi pembangunan dan kemajuan negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, katanya, keputusan itu bagaimanapun bergantung kepada pertimbangan anggota exco untuk menentukan sama ada mereka memerlukan khidmat individu terbabit atau tidak.
"Perubahan akan berlaku kerana ini adalah salah satu usaha yang menentukan sesiapa yang layak dan profesional akan mendapat dan diberikan tugas-tugas tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor ,di sini, hari ni.
Abdul Khalid berkata demikian bagi menjawab pertanyaan sama ada Selangor akan mengikut jejak langkah kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP melantik bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon sebagai anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan juga Pengerusi InvestPenang, sebuah anak syarikat PDC.
Seramai 55 ADUN mengangkat sumpah jawatan hari ini. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan