HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 April 2008

Tujuh Prebet hadapi tuduhan bunuh rakan setugas
Oleh Utusan


KUALA LUMPUR : Tujuh anggota tentera berpangkat prebet dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakan setugas mereka di Kem Tentera Sungai Besi pada awal April lalu.

Mahazir Hamad, 24, Mohd Azman Jabril, 24, Shahrin Mat Rabu, 26, Mohd Khairie Abdullah, 26, Syabramallisi Shahidan, 26, Mohd Bukhari Syawal, 23, Mazlan Awang Ngah, 24, yang memakai baju T celoreng dan seluar panjang hijau hanya menundukkan kepala semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norazlin Othman.

Mereka dari Unit 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bagaimanapun masing-masing mengangkat tangan dan menjawab `ya, saya faham' sebaik ditanya oleh jurubahasa.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh mahkamah daripada semua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Mohd Shahrizal Mohd Shaffie, 27, di bilik tahanan pasukan, Unit 1 RAMD, Kem Tentera Sungai Besi, di sini antara pukul 11 malam 5 April dan 1 petang 6 April lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum gantung sampai mati.

Tiada ulasan: