HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 April 2008

Ramai sokong bebaskan BPR
Oleh Bernama


Kuala Lumpur: Pelbagai pihak hari ini menyambut baik cadangan menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai badan bebas kerana ia mencerminkan kredibiliti kerajaan untuk membantu menghapuskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Datuk N. Siva Subramaniam berkata cadangan itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh masyarakat yang inginkan perubahan dalam BPR.

"Orang ramai akan lebih berani membuat aduan kerana ia tidak melibatkan campur tangan pihak lain. Ia adalah satu dasar yang menguntungkan rakyat yang menjadi mangsa salah guna kuasa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau telah menerima laporan cadangan daripada BPR untuk menjadikan badan itu sebagai badan bebas dan akan mengkaji cadangan itu dengan terperinci sebelum keputusan dibuat.

Naib Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan turut menyambut baik dan menyokong cadangan menjadikan BPR sebuah badan bebas.

"Ini merupakan langkah yang baik dalam usaha memulihkan imej badan kehakiman dan perundangan di negara ini selain mewujudkan ketelusan kepada semua pihak yang terbabit," kata beliau.

Penasihat Kebangsaan DAP Lim Kit Siang berkata kerajaan tidak perlu melaksanakan sebarang kajian untuk menjadikan BPR sebagai sebuah badan bebas kerana ia melibatkan soal dasar.

"Sepatutnya satu keputusan dasar dibuat yang BPR patut jadi badan bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen sahaja. Bukan di bawah apa-apa kementerian supaya boleh bergerak sebagai satu badan yang berkesan dan berwibawa," katanya.

Kit Siang berharap keputusan mengenai perkara itu dapat dicapai pada mesyuarat Kabinet Rabu depan bagi menunjukkan kerajaan jujur dan ikhlas untuk melaksanakan pembaharuan. "Saya sangat setuju untuk melaksanakan dasar mengikut operasi.

Tiada ulasan: