HALAMAN SANTAI

Rabu, 23 April 2008

Polis selesai kes culik, rogol pelajar UMS


KOTA KINABALU - Polis telah menyiapkan sepenuhnya laporan siasatan kes culik dan rogol seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pada masa ini polis sedang menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek di mahkamah.

"Kedua-dua suspek akan didakwa di mahkamah Khamis ini sebaik sahaja mendapat lampu hijau daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

"Laporan lengkap mengenai kes penculikan ini telah siap dan polis sedang menyiasat sama ada suspek terlibat dalam kes lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kedua-dua suspek kes culik dan rogol terbabit yang berusia 20 dan 29 tahun ditahan berasingan di Tambunan.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 7 malam 15 April lalu, sewaktu penuntut universiti tersebut yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sibu, Sarawak baru tiba di rumahnya di Taman King Fisher.

Mangsa yang dikatakan berjalan ke sebuah pasar raya berdekatan tiba-tiba ditarik oleh suspek ke dalam kereta sebelum dilarikan ke Tambunan.

Suspek pertama ditahan di Tambunan pada hari kejadian manakala suspek kedua ditahan dua hari kemudian ketika menaiki bas mini berhampiran Kelab Golf Tambunan.

Tiada ulasan: