HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 April 2008

Lagi ahli majlis MBI letak jawatan


IPOH: Sebanyak 13 lagi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meletak jawatan.

Kumpulan berkenaan terdiri daripada lapan wakil Umno, tiga daripada Parti Progresif Penduduk (PPP) dan dua MIC.

Sebelum ini, sembilan ahli majlis daripada MCA dan Gerakan meletak jawatan.

Presiden Kelab Ahli Majlis MBI, Datuk Raduan Mohd Kassim berkata surat peletakan jawatan akan diserahkan kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam masa terdekat.

Katanya, mesyuarat majlis yang dihadiri hari ini merupakan program terakhir yang dihadiri oleh mereka bagi menyelesaikan semua perkara tertunggak.

Kesemua ahli majlis yang hadir pada Mesyuarat Bulanan MBI (hari ini) telah mengesahkan semua minit mesyuarat yang dihadiri mereka sebelum ini dan perkara ini perlu dilakukan untuk mengelak sebarang masalah yang timbul di masa depan," katanya selepas mesyuarat berkenaan.

"Peletakan jawatan ini telah direstui Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali hujung minggu lalu...Kami akan menghantar surat peletakan jawatan ini dalam masa terdekat," katanya.

Mesyuarat yang dijadualkan hari ini sebelum ini dijangka mungkin terpaksa dibatalkan kerana tidak dapat dipastikan kehadiran ahli kerana korum mesyuarat memerlukan sekurangkurangnya 12 ahli majlis menghadirinya.

Sementara itu, Datuk Bandar Datuk Mohmad Rafiai Mokhtar berkata kutipan cukai tertunggak oleh MBI dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini amat memberangsangkan sebanyak RM34.5 juta.

Katanya, jumlah cukai taksiran yang dikutip itu merupakan pertambahan RM10.25 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu. BERNAMA

Tiada ulasan: