HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 April 2008

Ini ladang babi punya cerita...
Oleh Agendaselangor.com


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengambil keputusan meneruskan cadangan projek penternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Sepang kerana urusan pengambilan tanah bagi tujuan itu sudah dibuat kerajaan negeri sebelum ini.

Selain itu, projek tersebut tidak membabitkan wang kerajaan negeri dan kos RM100 juta yang dinyatakan sebelum ini hanya anggaran pelaburan dibuat pengusaha ternakan itu atau pihak bakal menyediakan pusat berkenaan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata projek penternakan babi moden itu adalah bagi memenuhi permintaan rakyat Selangor selain mengurangkan bilangannya.

Difahamkan, ada kira-kira 400,000 ekor babi diternak di seluruh Selangor dengan lebih kurang 300,000 di Tanjung Sepat, Sepang.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di sini hari ini, Abdul Khalid berkata, keputusan meneruskan projek ladang babi moden itu adalah keputusan munasabah dan perlu bagi penyelesaian isu pencemaran air sungai berpunca ladang-ladang ternakan babi.

Beliau percaya, rakyat Selangor faham keadaan ini dan mahu kerajaan negeri mengambil tindakan wajar mengelak ancaman pencemaran berterusan jika penternakan babi tidak dipusatkan di satu lokasi.

Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor terdahulu, sudah mengambil keputusan untuk "menimbang dan meluluskan" pengambilan tanah seluas 134.84 hektar di Mukim Batu Kuala Langat bagi tujuan berkenaan di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960. Beliau berkata secara prinsipnya projek itu telah diluluskan dan proses pengambilan tanah sedang berjalan.

Menurut Abdul Khalid, penternak yang beroperasi di pusat moden ini akan diberikan insentif kerajaan negeri bagi memajukan bidang lain di tapak ternakan asal.Selain itu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat turut akan menumpukan bagi bidang pemodenan pertanian dan penternakan lain dengan cadangan menyediakan pusat seumpama itu bagi ternakan lembu, kambing atau ayam.

Sementara itu bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam sidang akhbar di sini hari ini, berkata keputusan yang dibuat oleh exco di bawah pimpinannya pada 30 Jan 2008 itu adalah keputusan awal.

Beliau berkata semua keputusan kerajaan negeri semasa kerajaan pimpinannya hanya boleh dilaksana setelah mendapat ulasan teknikal dan pandangan umum dan perkara itu belum dibuat untuk projek ladang babi itu.

Dr Mohamad Khir berkata projek ladang babi yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional itu bersaiz kecil iaitu cukup untuk memenuhi permintaan negeri Selangor sahaja.

Katanya, keperluan semasa daging babi di Selangor hanya sekadar 250,000 ekor. Kerajaan Negeri Selangor hari ini ingin menjelaskan kelulusan projek ternakan babi moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat yang kini hangat diperkatakan.

BERITA BERKAITAN

Kenyataan penuh Tan Sri Khalid Ibrahim

Merujuk kepada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 30 Januari 2008 lalu, mesyuarat telah mengambil Kertas EXCO-MTES No : 9/2/2008 dan mengambil keputusan untuk menimbang dan meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

Mesyuarat juga memutuskan bahawa Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Langat diminta menyegerakan urusan pengambilan balik tanah tersebut. Segala pembiayaan kos pengambilan balik tanah tersebut akan dibiayai oleh syarikat swasta dan disalurkan kepada UPEN Selangor.

Tiada ulasan: