‘Kertas Putih’ untuk Monsoon Cup
Raja Petra
Kesediaan Dato’ Ahmad Said untuk mengkaji semula perlaksanaan projek-projek besar di Terengganu di alu-alukan oleh semua pihak samada UMNO atau PAS.
Namun, ramai yang berharap bahawa kerajaan dapat betindak lebih dari hanya membuat kajian.
Setelah empat tahun pemerintahan UMNO/BN dibawah kepimpinan Idris Jusoh, keadaan hidup rakyat tidak banyak berubah, walaupun bekas Menteri Besar tersebut acapkali mendakwa banyak perubahan berlaku.
Ya, memang ada perubahan, tetapi perubahan fizikal iaitu pembangunan projek-projek besar sebagaimana yang dinyatakan akan dikaji semula oleh Menteri Besar yang baru.
Rakyat tidak rasa terkilan dengan pembinaan lebuhraya, pembesaran lapangan terbang dan kompleks sukan walaupun harganya ratusan juta.
Lebuhraya, lapangan terbang dan kompleks sukan adalah ketiga-tiga projek yang sudah dilancarkan seblum tahun 1999.
Namun apabila rakyat memilih PAS untuk menerajui pemerintahan negeri Terengganu pada tahun 1999, kerajaan pusat telah menangguhkan projek-projek tersebut.
Fakta yang mengatakan kerajaan yang ditadbir oleh PAS tidak mahu melaksanakannya ketiga-tiga projek tersebut kerana dianggap membazir adalah tidak betul.
Berkali-kali, Tuan Haji Yahaya Ali selaku Exco infrastruktur mengadakan pertemuan dengan (arwah) Menteri Kerja Raya bagi merundingkan dan membincangkan supaya pembinaan lebuhraya dimulakan segera.
Bagaimana pun sikap ‘sorong papan tarik papan’ dan akhirnya ‘tarik terus’ kerajaan pusat memang telah menjadi lumrah, apabila sesebuah kerajaan negeri ditadbir oleh parti politik yang berlainan dengan kerajaan pusat.
Kerajaan Sabah yang dikuasai oleh PBS pernah mengalami konspirasi yang sama.
Justeru, semua rakyat masih ingat dan tidak akan lupa, bukan sahaja projek-projek besar, lebuhraya, lapangan terbang dan kompleks sukan dihentikan, malah royalti minyak di’silapmata’ kan menjadi wang ehsan.
Walau bagaimanapun, Monsoon Cup, pembangunan Pulau Duyong, Masjid Kristal dan Pulau Wan Man tidak termasuk didalam projek-projek besar yang telah dirancang kerajaan persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan